Pages

Friday, October 4, 2013

sifat panas baran

~ DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG ~

saya selalu berdepan dengan orang yang bersifat panas baran.. kadang-kadang sampai nak nangis rase sebab dah tak tahan bile
kena maki ...
kena ugut ... 
tapi syukur alhamdulillah.. 
setakat ni saya maseh mampu menghadapinya dengan lebih sabar..

YA ALLAH...
 kakak mohon kekuatan semangat dari-Mu untuk kakak menjadi orang yang lebih baek dan diterima di sisi-Mu..
ammiinnnn...

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Mengikut kaedah psikologi, panas baran berpunca daripada kegagalan seseorang individu mengawal emosinya sendiri. Individu panas baran itu terlalu mudah mengikut emosi marah hingga menjadikan dirinya seorang yang pemarah dan panas baran walau hanya dengan sebab yang remeh.


Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:
1. Mengubah Posisi – Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
2. Berwuduk – Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .
3. Minum air.
4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.
5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
7. Berfikiran positif.
8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.
9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.
10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.
Wallahu wa’lam…
namun semua cara ni tidak akan berhasil jika awak tidak melakukan satu perkara paling penting iaitu BERUBAH LAH SAYANG ! Hanya jika awak mahukan perubahan, barulah perubahan tersebut akan berlaku.


No comments: